Saturday, November 30, 2013

Jualan Pertama Koleksi CikTa di luar!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

baru-baru ni Koleksi CikTa ada mengikut jualan yang dianjurkan oleh Puspanita Pahang di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah pada 27/11/2013..

alhamdulillah walaupun jualan tak berapa memberangsangkan tapi ianya adalah satu pengalaman baru untuk Koleksi CikTa mengorak langkah dalam jualan gerai-gerai seperti ini.

walaupun masa untuk persediaan agak suntuk (aku baru balik dari kl pada jam 11.30 malam) tapi aku cuba juga bersedia dengan apa yang ada...syukur percubaan pertama kami memberikan feedback yang agak baik...di mana antara komen yang diterima adalah biskut sedap dan kek snowy cheese kami pun sedap..lega dengar komen sebegitu...

cuma agak sayang sebab tak dapat nak sediakan cheesey merry kerana masa sangat suntuk dan badan masih tak larat..

ok..aku nak sambung buat tempahan biskut Chipnuts Kukiss ni...ada yang nak selit order apa-apa?