Saturday, November 30, 2013

Jualan Pertama Koleksi CikTa di luar!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

baru-baru ni Koleksi CikTa ada mengikut jualan yang dianjurkan oleh Puspanita Pahang di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah pada 27/11/2013..

alhamdulillah walaupun jualan tak berapa memberangsangkan tapi ianya adalah satu pengalaman baru untuk Koleksi CikTa mengorak langkah dalam jualan gerai-gerai seperti ini.

walaupun masa untuk persediaan agak suntuk (aku baru balik dari kl pada jam 11.30 malam) tapi aku cuba juga bersedia dengan apa yang ada...syukur percubaan pertama kami memberikan feedback yang agak baik...di mana antara komen yang diterima adalah biskut sedap dan kek snowy cheese kami pun sedap..lega dengar komen sebegitu...

cuma agak sayang sebab tak dapat nak sediakan cheesey merry kerana masa sangat suntuk dan badan masih tak larat..

ok..aku nak sambung buat tempahan biskut Chipnuts Kukiss ni...ada yang nak selit order apa-apa?

Sunday, October 6, 2013

Koleksi CikTa akan berada di Dewan Jubli Perak Kuantan

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

untuk pengetahuan semua, inshaaAllah produk Koleksi CikTa akan berada di salah satu booth di Dewan Jubli Perak di Kuantan ni yang disediakan oleh Puspanita Negeri Pahang.

Jualan ni bersempena acara pertandingan Senamtari dan bermacam lagi acara anjuran Puspanita pada 26 Oktober 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak Kuantan, Pahang dari jam 8 pagi sehingga jam 3 petang.

Mari dapatkan produk Koleksi CikTa di booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang ye..

order untuk Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji pun kami dah buka..pengambilan order akhir sehingga Jumaat 11 Oktober 2013 ye..sebab lepas tu inshaaAllah kami dah nak balik kampung..

Monday, September 30, 2013

CikTa Kukiss lagi..

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru menyiapkan tempahan lagi ni...

terima kasih jiran..Dila...jangan serik nak order lagi ye...


CikTa ChipNuts Kukiss 


inshaaAllah akan tiba produk Koleksi CikTa di area Nilai atau Salak Tinggi..tunggu ye..

Tempahan masih dibuka!

assalamualaikum semua,

tempahan untuk Koleksi Cikta masih dibuka ok...

sila rujuk Senarai Barangan dan Harga untuk tempahan...

ada produk baru akan diupdate kemudian...

jadi jangan tunggu lama-lama... jom order sekarang juga...

Friday, September 20, 2013

Produk Baru Koleksi Cik Ta : CikTa ChipNuts Kukiss

assalamualaikum semua,

bersempena hari Jumaat dan dimulai dengan doa semoga dengan keberkatan hari Jumaat akan memurahkan rezeki Koleksi Cik Ta lagi selepas ini...

alhamdulillah secara tak rasminya kami telah menambah satu lagi koleksi dalam produk jualan kami buat masa ini...

masih belum diberi nama rasmi... nama buat masa ini ialah

CikTa ChipNuts Kukiss


 CikTa ChipNuts Kukiss


produk baru kami ini adalah biskut berasaskan kekacang dan cip coklat yang istimewa...

Ianya mengabungkan kesemua bahan yang berada di bawah ni....



menarik kan?

anda pastinya akan merasa keenakkan pelbagai jenis kekacang dengan setiap gigitan... kerana kekacang yang dimasukkan adalah dalam potongan yang besar dan sangat rangup... seumpama anda menikmati kekacang di dalam bar coklat...


 CikTa ChipNuts Kukiss


jadi anda pasti hendak mencuba kan?

mari hubungi saya untuk tempahan...

Harga Pengenalan untuk satu balang  adalah hanya RM12 sahaja... dengan ada lebih kurang 26 keping CikTa ChipNuts Kukiss di dalamnya... mari dapatkan segera...

tempahan juga dibuka untuk Hari Raya Aidiladha...

Wednesday, July 31, 2013

Promosi Untuk yang berada di Putrajaya dan sekitarnya

assalamualaikum semua,

promosi untuk yang berada di Putrajaya... hanya untuk esok sahaja tau...

tempahan dibuka sehingga jam 5 petang ni (RABU 31 Julai 2013)... jadi sila cepat letakkan order anda...

dan ada promosi istimewa untuk orang Putrajaya dan sekitarnya esok...

beli Cheesy Merry saiz M  untuk 3 unit ke atas dan anda akan dapat satu Cheesy Merry saiz S secara PERCUMA!!! 

produk lain Koleksi Cik Ta




jadi jangan tunggu sampai esok... sebab esok dah terlambat.. tempahan dibuka sehingga jam 5 petang hari ni sahaja ye...


Tuesday, July 9, 2013

Cheesy Merry Saiz "S", Pengumuman Harga dan Tempahan dibuka

penambahan produk baru...Cheesy Merry Saiz "S"

kami kini ada mengeluarkan saiz baru bagi produk cheesy merry tapi masih lagi terdapat dalam 2 perisa iaitu blueberry dan strawberry.




Harga pengenalan : RM3.50

cream cheese + biskut marie + blueberry @strawberry filling + nestum = kenikmatan berganda 
masih boleh didapati dengan saiz yang lebih kecil tanpa menjejaskan rasanya.... tak percaya? mari la cuba satu... anda pasti nak lagi..

untuk produk yang lain tu masih ada ye... tempahan sudah dibuka....

untuk kek kukus asam manis dan kek coklat kukus lapis cream cheese akan ada saiz besar dan menyusul... tunggu pengumuman ye...

untuk produk cheesy merry dan kek kukus asam manis dinasihatkan untuk order 2 hari lebih awal bagi memberi peluang tuan kedai menyediakan produk yang fresh untuk anda... 

harga produk chessy merry dan kek kukus asam manis telah kembali ke harga asal... sila rujuk di senarai produk dan harga kami.. 

bagi produk dress promosi harga dikekalkan hingga akhir ramadhan... jadi mari dapatkan segera..


untuk maklumat lanjut sila call/sms/whatapps ke 013-7428301

atau email ke rozitaabdrahman@yahoo.com

terima kasih dan salam ramadhan dari

Friday, July 5, 2013

Pembukaan Kedai - Opening Now!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia untuk semua pengunjung!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjengah ke kedai kecil kami ni...

Koleksi Cik Ta adalah kedai online yang menjual pelbagai hidangan pencuci mulut serta barangan termasuk pakaian wanita dan lain-lain..

Sebagai hadiah sempena pembukaan kedai kami, terdapat potongan dari 5 - 10% bagi setiap pembelian dress di kedai online kami.

Terdapat juga promosi jualan hidangan pencuci mulut dan kek....harga potongan dari 10 - 25 %...

Selamat Membeli-belah!

Tuesday, July 2, 2013

Fenomena Koleksi Cik Ta dah bermula di Facebook



Koleksi Cik Ta yang akan menjual pelbagai jenis hidangan pencuci mulut...

buat masa ni disebabkan usahawan ni baru nak berusaha mengatur masa sebaik mungkin.... (antara bisnes, anak dan suami ... kan bang?).... maka hanya beberapa menu je yang dapat diketengahkan...

menu yang terpilih itu adalah....

1. Cheesy Merry


bila cream cheese diadun rasa bersama susu pekat dan dilapisi biskut marie dan serbuk nestum yang lemak berkrim.... bersatu pula rasanya dengan kemanisan blueberry atau strawberry yang didatangkan khas... menjadikan ianya lain dari yang lain.....

dan sesungguhnya para penggemar kek atau desert berasaskan cream cheese patut mencubanya.....

sesuai juga untuk hidangan berbuka puasa dan hari raya.....


Cheesy Merry

blueberry cheesy merry dan strawberry cheesy merry

cream cheese + biskut marie + blueberry@strawberry filling + nestum = kenikmatan berganda 

harga pengenalan: RM9

promosi dari 1 Julai 2013 - 5 Julai 2013

dapatkan segera sebelum terlambat....
sms/whatsapp ke 0137428301

unit terhad - hanya 10 unit sehari




2. Kek Kukus Asam Manis


kek yang cukup berkrim dan cair di mulut.... ditambah dengan rasa lemak mentega... dan masam manis dari asam manis yang sangat memikat....

untuk semua penggemar kek lapis asam manis... mungkin ini boleh memenuhi selera anda dalam versi yang lain....

sesuai juga untuk hidangan berbuka puasa dan hari raya.....



Kek kukus asam manis

kek kukus asam manis

harga pengenalan: RM4.50

promosi dari 1 Julai 2013 - 5 Julai 2013

dapatkan segera sebelum terlambat....
sms/whatsapp ke 0137428301

unit terhad - hanya 10 unit sehari


Butterfly Dress

Butterfly dress di bawah adalah keluaran exclusive RSFG.
Kain yang berat, sejuk dan sangat selesa di badan...
Terdapat potongan harga sebanyak 10% bagi setiap dress..... sehingga stok masih ada..


RM150 - 10% = RM135


1. available


1. available

1.avaiable


1. avaiable


1. available

1. available


1. sold out


1. available


1. available


p/s: semua harga tidak termasuk kos pos ye...

Dress cantik

Dress di bawah dijual pada harga:

RM85 - 10% = RM76.50

1. available


1. sold
2. sold

p/s: semua harga tidak termasuk kos pos ye..