Thursday, January 16, 2014
Harga Baru
Disebabkan kenaikan mendadak bahan-bahan bakeri bermula pada bulan Disember yang lepas, maka dengan ini kami di Koleksi CikTa juga terpaksa mengumumkan harga baru produk kami bermula 15 Januari 2014.
Buat masa ini harga yang terpaksa dinaikkan adalah CikTa ChipNuts Kukiss. Untuk produk lain masih kekal pada harga asal buat masa ini.
Harap maaf di atas sebarang kesulitan pelanggan Koleksi Cik Ta.
Untuk harga baru boleh rujuk di SINI
Saturday, November 30, 2013
Jualan Pertama Koleksi CikTa di luar!
assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
baru-baru ni Koleksi CikTa ada mengikut jualan yang dianjurkan oleh Puspanita Pahang di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah pada 27/11/2013..
alhamdulillah walaupun jualan tak berapa memberangsangkan tapi ianya adalah satu pengalaman baru untuk Koleksi CikTa mengorak langkah dalam jualan gerai-gerai seperti ini.
walaupun masa untuk persediaan agak suntuk (aku baru balik dari kl pada jam 11.30 malam) tapi aku cuba juga bersedia dengan apa yang ada...syukur percubaan pertama kami memberikan feedback yang agak baik...di mana antara komen yang diterima adalah biskut sedap dan kek snowy cheese kami pun sedap..lega dengar komen sebegitu...
cuma agak sayang sebab tak dapat nak sediakan cheesey merry kerana masa sangat suntuk dan badan masih tak larat..
ok..aku nak sambung buat tempahan biskut Chipnuts Kukiss ni...ada yang nak selit order apa-apa?
Monday, September 30, 2013
CikTa Kukiss lagi..
Friday, September 20, 2013
Produk Baru Koleksi Cik Ta : CikTa ChipNuts Kukiss
bersempena hari Jumaat dan dimulai dengan doa semoga dengan keberkatan hari Jumaat akan memurahkan rezeki Koleksi Cik Ta lagi selepas ini...
alhamdulillah secara tak rasminya kami telah menambah satu lagi koleksi dalam produk jualan kami buat masa ini...
masih belum diberi nama rasmi... nama buat masa ini ialah
CikTa ChipNuts Kukiss
![]() |
CikTa ChipNuts Kukiss |
produk baru kami ini adalah biskut berasaskan kekacang dan cip coklat yang istimewa...
Ianya mengabungkan kesemua bahan yang berada di bawah ni....
menarik kan?
anda pastinya akan merasa keenakkan pelbagai jenis kekacang dengan setiap gigitan... kerana kekacang yang dimasukkan adalah dalam potongan yang besar dan sangat rangup... seumpama anda menikmati kekacang di dalam bar coklat...
![]() |
CikTa ChipNuts Kukiss |
jadi anda pasti hendak mencuba kan?
mari hubungi saya untuk tempahan...
Harga Pengenalan untuk satu balang adalah hanya RM12 sahaja... dengan ada lebih kurang 26 keping CikTa ChipNuts Kukiss di dalamnya... mari dapatkan segera...
tempahan juga dibuka untuk Hari Raya Aidiladha...